Website & sistem, dibina untuk bisnes anda.

Website mesra telefon supaya pelanggan jumpa anda di Google, serta sistem Excel, Google Sheets & Apps Script yang ikut cara bisnes anda bekerja.

  • Demo percuma sebelum bayar
  • Domain & hosting termasuk
  • BM / English
Produk

Sistem Excel siap guna

Sistem yang dibina oleh KOKEM dan sudah digunakan oleh organisasi sebenar. Buka di Excel, isi maklumat, tekan butang, dan dokumen siap.

TersediaExcel → Word

Sistem Minit Mesyuarat Automatik

Isi maklumat mesyuarat dan agenda, semak pratonton, kemudian tekan satu butang untuk jana minit lengkap dalam Word.

  • ID mesyuarat auto
  • Tambah & edit agenda
  • Simpan & buka semula
  • Dokumen Word sekali klik
Windows · Excel & WordTanya
TersediaExcel

Sistem Akaun Koperasi

Resit rasmi dan baucar bayaran yang terus masuk ke lejar, sedia untuk audit tahunan.

  • Resit rasmi
  • Baucar bayaran
  • Lejar automatik
  • Tetapan koperasi
Windows · ExcelTanya
Akan datangExcel

Sebut Harga · Invois · Resit

Satu sistem untuk keseluruhan jualan: sebut harga yang diterima jadi invois, invois yang dibayar jadi resit, setiap satu disimpan sebagai PDF.

  • Ringkasan jualan
  • Senarai pelanggan & item
  • Nombor dokumen auto
  • PDF sekali klik
Beritahu saya bila lancarMaklumkan saya
Servis & harga

Apa kami bina untuk anda

Website sebagai teras, serta sistem dan jagaan yang memastikan bisnes anda berjalan dalam talian.

  1. 01

    Reka Bentuk & Pembangunan Website

    Website mesra telefon yang pantas, dibina ikut jenama dan pelanggan anda.

    • Website korporat
    • Website bisnes
    • Landing page
    • Website portfolio
    • Website peribadi

    Setup sekali bayar. Semua pakej termasuk SEO asas, domain & hosting tahun pertama, setup Google Maps dan 3 pusingan revisi.

  2. 02

    Solusi E-Dagang

    Jual dalam talian tanpa kerumitan: kedai siap di platform yang dipercayai, atau katalog ringkas dengan pesanan ke Google Sheets.

    • Kedai online (Shopify / WooCommerce / EasyStore)
    • Katalog produk
    • Troli & pautan bayaran
    • Pesanan ke Google Sheets

    Sebut hargaIkut saiz kedai dan platform. WhatsApp kami untuk sebut harga.

  3. 03

    Sistem Bisnes

    Sistem khas dalam Excel, Google Sheets dan Apps Script yang hapuskan kerja manual.

    • Sistem tempahan
    • Invois & sebut harga automatik
    • POS kedai
    • Rekod ahli & akaun
    • Borang website → Google Sheets

    Sebut hargaIkut keperluan sistem. Demo dulu, sebut harga kemudian.

  4. 04

    SEO Asas & Analitik

    Pastikan website anda boleh dijumpai, dan tahu berapa ramai yang melawat.

    • On-page SEO
    • Google Analytics
    • Google Search Console
    • Google Maps
    • Kelajuan website

    TermasukSudah termasuk dalam setiap pakej website.

  5. 05

    Jagaan & Penyelenggaraan Website

    Kami uruskan bahagian teknikal supaya website anda kekal hidup dan terkini.

    • Pengurusan domain
    • Pengurusan hosting
    • Penyelenggaraan website
    • Kemaskini keselamatan
    • Sokongan teknikal

    RM150 / bulanHosting, pembaharuan domain, 4 kemaskini kecil sebulan, Google Analytics + laporan bulanan. Dah ada domain sendiri? Kami ganti pembaharuan domain dengan SEO ringan.

Pendekatan kami

  1. FahamiKami kenali bisnes, matlamat dan keperluan anda.Demo percuma
  2. RancangKami susun strategi dan pelan projek yang sesuai.Sebut harga bertulis · deposit 50%
  3. Reka & BangunKami tukar idea menjadi pengalaman digital yang berfungsi.Sehingga 3 revisi
  4. LancarKami uji, perhalusi dan lancarkan website anda.Baki 50% bila live
  5. Sokong & Tambah BaikKami beri sokongan dan penambahbaikan berterusan seiring perkembangan bisnes anda.Pelan jagaan RM150/bulan
Portfolio

Hasil kerja terkini

Website

DPM Sdn Bhd

Website korporat untuk pengilang perabot: profil syarikat, rangkaian produk dan pertanyaan sebut harga.

Kilang perabotLihat demo →
Sistem

Kedai yong tau fu

POS dalam Google Sheets dengan jumlah automatik dan ringkasan jualan harian.

Google Sheets
Sistem

Koperasi kedai makan

Daftar keahlian, minit mesyuarat lembaga bernombor automatik dan akaun resit/baucar.

Excel
Keep
Optimizing
Knowledge,
Earning
More
Maksud nama kami
Tentang KOKEM

Teknologi yang membawa perubahan

KOKEM ialah syarikat penyelesaian digital yang memberi tumpuan kepada reka bentuk website, pembangunan web dan penyelesaian teknologi bisnes.

Kami membantu bisnes dan organisasi membina kehadiran digital melalui website yang direka secara profesional dan penyelesaian teknologi praktikal yang disesuaikan dengan keperluan mereka.

Daripada website korporat dan platform e-dagang hingga sistem bisnes khas, kami menggabungkan kreativiti, teknologi dan fungsi untuk menghasilkan pengalaman digital yang menyokong pertumbuhan bisnes.

Pendekatan kami mudah: fahami bisnes, kenal pasti penyelesaian yang tepat dan bina teknologi yang membawa perubahan.

Misi Kami

Mencipta penyelesaian digital yang praktikal dan inovatif untuk membantu bisnes beroperasi dengan cekap dan berkembang dengan yakin.

Visi Kami

Menjadi rakan teknologi digital yang dipercayai oleh bisnes dan organisasi.

Kenapa pilih kami

Empat perkara yang anda boleh harapkan

Solusi Khas

Solusi berdasarkan keperluan sebenar bisnes anda.

Demo percuma sebelum sebut harga

Reka Bentuk Mesra Pengguna

Website direka berpandukan pengalaman pengguna.

Direka untuk telefon dahulu

Teknologi Praktikal

Teknologi yang ada tujuan sebenar.

Dibina atas alat yang anda dah guna

Sokongan Berterusan

Sokongan selepas website dilancarkan.

4 kemaskini kecil sebulan dalam pelan jagaan
FAQ

Soalan lazim

Betul ke demo percuma? Ada caj tersembunyi?

Betul. Kami bina contoh website anda tanpa caj dan tanpa komitmen. Anda hanya bayar deposit 50% jika setuju untuk teruskan.

Apa yang saya perlu sediakan?

Logo, gambar bisnes atau produk, senarai servis/produk dan harga, alamat, waktu operasi dan nombor telefon. Jika tiada gambar atau teks, kami boleh bantu susun.

Saya dah ada domain. Boleh guna yang sama?

Boleh. Kami sambungkan website baharu ke domain anda. Untuk pelan bulanan, pembaharuan domain diganti dengan SEO ringan (pantau Search Console dan kemaskini Google Maps).

Website saya boleh dibuka dengan baik di telefon?

Ya. Semua website kami direka untuk telefon dahulu, kemudian disesuaikan untuk tablet dan komputer.

Website saya akan keluar di Google?

Kami sediakan SEO asas, daftar website di Google Search Console dan setup Google Maps supaya bisnes anda boleh dijumpai. Kedudukan di muka depan Google bergantung pada banyak faktor, jadi kami tidak menjanjikan ranking tertentu.

Boleh minta ubah selepas website live?

Semasa pembinaan anda dapat 3 pusingan revisi. Selepas live, pelan bulanan termasuk 4 kemaskini kecil sebulan (contoh tukar harga, gambar atau waktu operasi). Perubahan besar seperti page baharu disebut harga berasingan.

Kedai online boleh terima bayaran terus?

Boleh, melalui platform kedai seperti Shopify, WooCommerce atau EasyStore, atau melalui pautan bayaran. Akaun merchant dibuka atas nama bisnes anda, jadi wang terus masuk ke akaun anda.

Untuk sistem Excel atau Google Sheets, perlu beli perisian?

Google Sheets percuma dengan akaun Google dan boleh digunakan di telefon. Untuk sistem Excel, anda perlukan Microsoft Excel di komputer. Kami cadangkan yang paling sesuai dengan cara anda bekerja.

Kokem hanya untuk bisnes di kawasan tertentu?

Tidak. Kami berurusan secara atas talian melalui WhatsApp dan video call, jadi boleh bantu bisnes di seluruh Malaysia.

Berapa lama untuk siap?

Starter biasanya 3–5 hari bekerja, Business 1–2 minggu dan Corporate 2–3 minggu selepas kami terima kandungan anda.

Wajib ke ambil pelan bulanan?

Domain & hosting tahun pertama sudah termasuk dalam setup. Mulai tahun kedua, pelan bulanan RM150 memastikan website anda kekal online, dikemaskini dan dipantau.

Domain atas nama saya ke?

Ya. Domain didaftarkan untuk bisnes anda, jadi ia kekal milik anda.

Boleh buat sistem sahaja tanpa website?

Boleh. Sistem Excel, Google Sheets dan Apps Script disebut harga berasingan. WhatsApp kami untuk berbincang.

Hubungi

Lihat website anda sebelum bayar

Hantar nama bisnes anda dan kami sediakan demo percuma, tanpa sebarang komitmen.

WhatsApp+60 11-2775 5618
Chat
Emailkokementerprise@gmail.com
KawasanSeluruh Malaysia (atas talian)